HERCOLUBUS ATAU PLANET MERAH
Buku untuk umat manusia
Buku percuma

Apa yang saya mengakui dalam buku ini adalah ramalan yang akan dipenuhi tidak lama lagi, kerana saya yakin tentang pengakhiran planet ini; saya tahu ini. Saya bukan menakut-nakutkan, tetapi memberi amaran, kerana saya sedih tentang umat manusia yang malang ini. Peristiwa-peristiwa ini tidak akan lama lagi dan tiada masa untuk dibazirkan dengan perkara-perkara khayalan. - V.M. Rabolu

Di seluruh penjuru dunia, kita boleh menemui tradisi dan ramalan-ramalan berkenaan pengakhiran dunia, semuanya menyerupai satu sama lain.

Kebanyakan ramalan ini memberi amaran kepada kita tentang malapetaka besar di Bumi seperti peralihan kutub yang akan datang, pencairan bongkah ais kemudiannya dan kehilangan sejumlah besar tanah disebabkan gempa bumi kuat dan tsunami.

Terdapat berbilang ramalan yang ada persamaan: mereka bercakap khusus tentang kedatangan planet besar yang datang kepada kita secara berkala. Planet yang akan datang ke sistem solar kita dalam kejadian-kejadian lepas telah mencetuskan bencana yang menghapuskan peradaban-peradaban di Lemuria dan Atlantis. Sekarang ia sudah datang untuk menamatkan peradaban kita kini dan dengan itu membawakan era yang baru.

Ia dikenali dalam banyak tradisi, ramalan dan buku suci di bawah nama-nama berbeza seperti: Baal, Planet Sejuk, Planet Merah, Wormwood, Ajenjo, Hercolubus, Barnard 1, dan banyak lagi. Planet begitu sudahpun dapat dilihat melalui teleskop dan saiznya adalah enam kali lebih besar daripada Musytari.

Dengan kedatangan dan pengakhiran kehidupan, semuanya kembali ke permulaan atau ke pengakhiran. Oleh itu, dalam pertembungan kita yang sebelumnya, Hercolubus menamatkan peradaban Atlantis. Fakta-fakta ini telah diceritakan melalui semua ‘Banjir Besar’ dalam agama dan budaya berbeza.

Banyak orang telah bercakap tentang fenomeno kosmik sebegini. Seorang daripada mereka adalah V.M. Rabolu, yang menyoal kedatangan planet ini menggunakan keupayaan kesedaran terjaga, yang membolehkan beliau mengkaji jasad cakerawala ini. Dalam kerja beliau berjudul ‘Hercolubus atau Planet Merah’, yang dihantar secara percuma ke seluruh dunia oleh Persatuan Alcione, beliau menulis:

“Apabila Hercolubus datang semakin hampir ke Bumi dan dijajarkan dengan Matahari, epidemik-epidemik yang membawa maut akan mula tersebar ke seluruh planet. Doktor malah sains rasmi tidak akan tahu apakah jenis penyakit yang mereka hidapi atau bagaimana menyembuhkan mereka. Mereka tidak akan ada kuasa di hadapan epidemik.”

“Detik tragedi dan kegelapan akan tiba: gegaran, gempa bumi dan ombak gadang. Manusia akan menjadi tidak stabil secara mental, kerana mereka tidak akan dapat makan atau tidur. Di hadapan bahaya, mereka akan melontar diri mereka merentas jurang beramai-ramai, gila sepenuhnya.”

V.M. Rabolu

V.M Rabolu, pengkaji esoterisme Colombia tersohor, menyuarakan amaran kepada umat manusia tentang ancaman tersebut. Beliau mengetengahkan yang, sebenarnya, ia boleh menyebabkan penamat peradaban dan budaya kita. Dalam buku beliau, beliau mengajarkan kaedah untuk menghapuskan kecacatan psikologi kita dan teknik-tenik untuk unjuran astral sebagai satu-satunya formula sedia ada untuk menyelamatkan diri daripada malapetakan yang akan datang.

V.M. Rabolu menyimpulkan kerja beliau dengan berkata:

“Wahai pembaca: saya bercakap dengan jelas supaya anda memahami perlunya bekerja dengan serius. Sesiapa yang berusaha akan diselamatkan daripada bahaya. Ini bukanlah untuk anda membuat teori atau berbincang, tetapi untuk mengalami ajaran sebenar yang saya berikan dalam buku ini. Anda tidak dapat menggunakan pilihan lain.”

PERSATUAN ALCYONE

Organisasi bukan untung yang dilantik sebagai ejen-rakan usahasama dalam penyebaran dan pengedaran kerja ‘Hercolubus atau Planet Merah’.

Penulis: Joaquín Amórtegui Valbuena (V.M. Rabolú)
Penerbit: Ángel Prats

Persatuan Alcyone berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Nasional dalam Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, kumpulan 1, bahagian 1, dengan nombor nasional 588698, dan beribu pejabat di pekan Burgos, PO Box 4, 09080 Burgos (Sepanyol).

TENTANG PENULIS

V.M. Rabolu (1926 – 2000)
V.M. Rabolu (1926 – 2000)

V.M. Rabolu (1926 – 2000) lahir di Tolima (Colombia). Padad 1952 beliau menemui Ilmu sebenar dan melalui bertahun-tahun amalan esoterik, beliau telah membangunkan kemahiran menakjubkan yang akhirnya mengubah beliau menjadi pemandu rohaniah yang sangat dikenali di seluruh dunia.

Menyedari tentang masa hadapan yang menunggu kita, beliau mendedikasikan masanya untuk mengajar umat manusia tentang formula-formula untuk mencapai pemulihan rohaniah mereka. Dengan itu, dari tahun 70an dan sentiasa dalam cara altruistik dan tidak mementingkan diri beliau memulakan tugas tanpa henti untuk mengajar kebijaksanaan sebenar di khalayak ramai melalui ceramah, kursus, muktamar di tahap antarabangsa.

Pada 1998, beliau menulis ‘Hercolubus atau Planet Merah’. Berdasarkan pengalaman terus dan sedar beliau, V.M. Rabolu menjelaskan detik-detik dahsyat yang akan berlaku ke atas planet kita dalam tempoh yang singkat dan menerangkan laluan yang umat manusia boleh ikut untuk mencapai perubahan yang mendalam. Hari ini, pernyataan terkandung di dalam kerja beliau telah diperakui oleh sejumlah besar pembaca yang telah mendapat manfaat daripada ajaran beliau dalam 80 negara.

“Saya bukan orang suka menakut-nakutkan; saya adalah manusia memberi amaran tentang apa yang akan berlaku.”

V.M. Rabolu

V.M. Rabolu adalah seorang daripada sejumlah kecil orang dengan Kesedaran Terjaga. Ajaran beliau adalah penting dalam masa-masa di mana materialisme dan kehilangan nilai moral telah menjadi tanda-tanda jelas masyarakat yang semakin dan semakin tersesat.

MANTERA

Dalam bahagian ini, anda boleh mendengar V.M. Rabolu menyebut mantera-mantera untuk unjuran astral, supaya anda dapat mendengar sebutan yang betul.

FA RA ON

LA RA S

BEKERJASAMA DENGAN PERSATUAN ALCYONE

Persatuan Alcyone adalah organisasi yang diasaskan secara sah. Sebagai persatuan bukan untung, semua aktivitinya dijalankan secara altruistik tanpa sebarang bentuk mengaut keuntungan.

Persatuan Alcyone bertindak sebagai ejen-rakan kerjasama untuk En. Angel Prats, penerbit buku ‘Hercolubus atau Planet Merah’; oleh itu, satu-satunya tujuannya adalah penyebaran dan pengedaran antarabangsa buku tersebut. Untuk tujuan itu, aktiviti utama Persatuan Alcyone terdiri daripada menghantar salinan buku percuma ke mana-mana tempat di seluruh dunia sebagai percubaan mengedar kerja ini dan mesej sejagatnya kepada sebarang orang yang berminat tanpa membezakan siapa penerimanya.

Setakat ini, kempen pengedaran telah membolehkan beratus ribu pembaca menerima salinan percuma buku ‘Hercolubus atau Red Planet’. Sekarang dan setiap hari bilangan permintaan terus berkembang. Disebabkan kejayaan hebat ini, kami telah menetapkan matlamat sendiri untuk meneruskan kempen pengedaran ini.

Disebabkan jumlah pesanan yang besar, kami kini menghantar buku secara bercetak atau format elektronik, bergantung kepada kesediaan.

Sila bantu kami dalam penyebaran kerja ini dengan memuat turun video berikut dan menghantarkannya melalui emel kepada rakan-rakan dan kenalan.

Jika anda mahu menghubungi Persatuan kami atau anda berminat bekerjasama dengan penerbit buku berkenaan penyebaran buku dan mesej V.M. Rabolu, atau anda mahu membuat komunikasi dan kerjasama yang lebih kuat dengan kami, anda boleh menulis kepada mana-mana alamat berikut:

Melalui e-mel kepada: [email protected]

Melalui surat biasa kepada:
Alcyone Association
P.O. Box 4, 09080 Burgos (Sepanyol)

MINTA BUKU PERCUMA ANDA

Diterjemahkan kepada bebeara bahasa.
Minta dengan menulis kepada: [email protected]
atau gunakan borang di bawah:

Burang pesanan

Data-data ditandakan asterisk (*) ada wajib untuk kami mengendalikan permintaan anda. Maklumat ini dikumpul dan digunakan hanya dan secara ekslusif untuk memenuhi pesanan buku.

Untuk mendapatkan buku ini, anda perlu memasukkan alamat e-mel yang betul.

Untuk memproses pesanan, baca dan tandakan kotak ini.

Dengan mengklik butang HANTAR, anda membenarkan pemprosesan data dalam syarat, dan tujuan, tertulis di dalam Polisi Privasi.

Alcyone Association